Tuesday 25 September 2012

CARA MENGHILANGKAN MENGANTUK


13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress


  • 392
     
    Share
mengantuk 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Mesti ramai kan yang sering mengantuk, tekanan la kan. Kena marah dengan boss, gaduh dengan boyfriend, bengang dengan girlfriend yang curang, mak tak bagi duit belanja, ayah tak mahu beli motor LC, gaji dapat ciput je bulan ni, duit tak cukup untuk beli beg Gucci dan bla bla bla.
13 cara ini boleh dipraktikkan tidak kira yang muda atau pun tua. Tidak juga untuk bangsa, kaum atau jenis saiz kasut. Semua boleh maa.. Kalau anda dah praktikkan 13 cara di bawah ini, jangan lupa ajak rakan-rakan anda tidak kira cina, india, mamak, bangladesh untuk try sekali ya. Macam mana? share je post ni! 20x20 boss 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress

                     Ok, dah ready? Lets do it! First, sila bangun sekarang! Kita nak mulakan senaman.
LANGKAH 1
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Ini adalah ala taichi sikit la… sebagai permulaan untuk memanaskan badan..
LANGKAH 2
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Tiru la macam ni… untuk melegakan bahu dan leher anda..
LANGKAH 3
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
wa..wa..aaa
LANGKAH 4
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Gerak kekanan kemudian ke kiri..
LANGKAH 5
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Gerak ke kiri kemudian ke kanan. Ikut sahajalah… jangan terpusing kepala sudah la..
LANGKAH 6
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Tepuk kuat kuat kat dahi.. Ini untuk menghilangkan mengantuk..
LANGKAH 7
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Selepas itu buat gerakan tangan dan badan… buat macam gembira je..
LANGKAH 8
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Kemudian goyang-goyangkan kaki dan badan sedikit… Lakukan seperti kita tiada masalah…
LANGKAH 9
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Lakukan secara agresif pula… Jangan peduli apa orang lain kata..
LANGKAH 10
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Hilangkan semua tekanan…
LANGKAH 11
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
pusingkan kepala…
LANGKAH 12
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
tengok muka kat cermin sambil goyang2.. lawa tak…
LANGKAH 13
 13 Cara Berkesan Untuk Hilangkan Mengantuk Dan Stress
Akhir sekali lakukan joget kucing…
————–
Sekian.. SELAMAT MENCUBA!

MAKANAN YANG TINGKATKAN METABOLISME


Mungkin ada di kalangan anda yang pelik melihat wanita memiliki pinggang dan tubuh badan yang ramping walaupun mereka baru sahaja makan dua pinggan nasi yang kemudiannya makan ais krim pula. Anda yang takut untuk menjamah nasi pun memiliki badan yang masih lagi besar. Itu antara fenomena biasa kat Malaysia.
Terdapat beberapa makanan yang boleh meningkatkan metabolisma dalam diri sekaligus mempercepatkan pembakaran kalori dan mampu megelakkan anda dari gemuk dengan mengambil makanan berlebihan.
Teh Hijau
Teh yang boleh diaplikasikan di dalam pelbagai cara untuk menjadikan ianya lebih menarik dan sedap untuk diminum. Khasiat teh hijau membantu menaikkan tahap metabolisma dalam diri dan mampu membakar kalori lemak yang tidak diperlukan di dalam badan. Sekaligus, badan kita akan mencerna makanan yang tidak diperlukan. Selain daripada membantu membakar lemak dengan cepat, teh hijau juga mampu untuk melancarkan urat saraf.
Limau Gedang
Dipenuhi dengan anti-oksigen dan juga vitamin, limau gedang membantu menaikkan metabolisma dalam diri dan juga mengeluarkan lemak dari sistem lemak di dalam badan. Limau gedang juga membantu anda mengurangkan insulin di dalam badan di mana akan mengurangkan selera lapar anda. Jika anda mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan anda mengambil ubat secara harian, sebaik-baiknya jumpa doktor dahulu sebelum memakan limau gedang kerana kandungan di dalam buah-buahan ini mempunyai bahan yang akan bertindak dengan dadah yang ada di dalam ubat-ubatan.
Gandum 
Bukan hanya gandum tapi keseluruhan gandum! Gandum memang kaya dengan nutrisi yang diperlukan badan seperti beras perang, oatmeal, roti padat gandum dan pasta membantu sistem badan berjalan dengan lebih baik dan selesa. Yang paling penting, boleh meningkat metabolisma dalam diri dan anda juga mampu kurus . Selain daripada itu juga, gandum membantu perut anda untuk merasa lebih kenyang lebih lama dari kebiasaan.
Bawang putih
Mungkin ada yang tidak gemar dengan memakan bawang putih dek kerana baunya yang kurang menyenangkan. Namun tidak ramai tahu mengenai khasiat tersembunyi yang ada di dalam bawang putih ini dimana khasiat yang membantu anda untuk mengurangkan lemak di dalam badan. Selain daripada meningkat tahap metabolisma di dalam diri, bawang putih juga berperanan sebagai sumber antibiotik iaitu membantu menaikkan tahap ketahanan di dalam diri anda

MARI KEMPISKAN PERUT


Salam semua…
Bila dah raya ini, mesti ramai yang pulun makan habis – habiskan sampai tersandar kat dinding. Apa pun, saya nak berkongsi sedikit cara kempiskan perut buncit supaya lebih flat sedikit. Sebenarnya, lemak bahagian perut paling sukar untuk dikikis dengan jayanya tetapi dengan usaha, semua itu tidak mustahil.
Niat dan usaha merupakan kombinasi yang penting supaya perut kelihatan flat. Perut yang gendut disebabkan oleh lemak yang menutupinya jadi di sini, langkah pertama semestinya kena menjaga pola makanan. Diet ini bukanlah paling bagus untuk kecilkan perut tetapi membantu perut supaya tidak lagi buncit.hehe! Cara mantap untuk kempiskan perut adalah dengan membakar lemak secara teratur.
Selain itu, cara yang paling sesuai untuk kempiskan perut adalah dengan olahraga, aerobik, berlari atas treadmill dan juga beberapa latihan kardio untuk mempercepatkan proses kempiskan perut. Tetapi bagaimana dengan sit up? Sit up sememangnya penting tapi sebenarnya fungsi utama sit up adalah untuk mengencangkan otot di bahagian perut.
Setiap kali melakukan exercise, latihan perlulah konsisten iaitu contohnya 3 set bagi setiap latihan dengan 20 ulangan bagi 1 set. Kalau larat, jangan hanya tumpu pada satu latihan saja dan perlu saya ingatkan, jangan mudah mengalah apabila badan mula terasa sengal-sengal. Semakin terasa perit, semakin kencang otot anda bekerja.
P/s: Jangan lupa untuk memantau keperluan kalori harian anda bagi result yang maximum plus sewaktu latihan banyakkan minum air mineral daripada sport drinks! Dah follow step ini, then silalah proceed untuk senaman perut six pack.

Thursday 5 January 2012

SAVE YOUR E-MAIL / CARA SELAMATKAN EMEL ANDA DARI DI HACK

Harap korang semua dalam keadaan sihat sejahtera bersama keluarga tersayang dan ceria dalam melakukan setiap kerja, baik kerja untuk dunia, mahupun kerja untuk akhirat. Dalam dunia yang serba moden ni, pastinya korang semua menpunyai akaun email untuk kegunaan harian seperti pembelian online, Laman Sosial, pendaftaran pekerjaan dan lain-lain lagi.
Adalah menjadi kemestian untuk korang semua menjaga email peribadi kerana banyak laporan yang email diorang kena hack! Korang sendiri tahu, dalam email korang terdapat pelbagai perkara penting yang tidak patut di ketahui oleh orang lain. Sebagai contoh jika email korang password email korang terdedah, mungkin akaun bank korang menjadi mangsa, akaun laman sosial yang korang join juga mungkin akan di ambil peluang untuk login. Tambahan lagi, kemudahan pembelian seluruh dunia iaitu Paypal mungkin menjadi suatu kepuasan untuk para hacker mendapatkannya dari email korang.
Walaupun banyak cara yang boleh kita praktikkan. Namun hanya sekadar beberapa tips basic yang aku nak kongsikan dan sedikit sebanyak dapat membantu menjaga email korang dari di hack.
Password Email
Perkara basic yang perlu korang semua patuhi adalah semasa mula-mula pendaftar email. Pastikan korang menggunakan kombinasi huruf, nombor dan simbol yang susah untuk di agak oleh orang lain. Tolong, tolong, tolong jangan gunakan nombor ic, surat beranak, tarikh lahir, nombor ID universiti dan lain-lain yang mungkin orang lain boleh try and error! Jika email korang guna password seperti yang aku cakap tu, tolong tukar sekarang! Korang seolah-olah membantu orang lain hack email korang.
Email Peribadi Vs Email Harian
Buat akaun email khas untuk kegunaan harian korang dan email peribadi korang. Contohnya email kegunaan harian seperti Laman Sosial (Facebook, Myspace, Twitter dan lain-lain), Forum dan sebagainya. Contoh email peribadi seperti pendaftaran Online Banking, Daftar Universiti  dan sebagainya yang korang rasa ianya bahaya jika terdedah kepada orang lain.
Aku sendiri memiliki 4 email untuk kegunaan yang berbeza-beza, walaupun ianya nampak seperti susah untuk kita menggunakan email yang banyak tapi ianya lebih selamat berbanding menggunakan  satu email.
Aku kongsikan sedikit contoh yang mungkin korang akan nampak lebih jelas mengapa kita perlukan lebih dari satu email. Satu forum telah di hack oleh hacker dan dia akan boleh memperolehi email dan password user yang berdaftar dengan mudah. Jika email dan password yang korang gunakan untuk forum tersebut sama seperti yang korang gunakan untuk kegunaan peribadi. Maka data yang sepatutnya di rahsiakan juga akan terbongkar dengan mudah.
Mungkin korang boleh cakap security Facebook, Yahoo, Google dan sebagainya adalah tingg.i Tapi bagaimana pula dengan Laman Web Forum, Perniagaan, Program Affliate dan lain-lain yang hanya ber’admin kan orang biasa yang tidak mempunyai security yang tinggi. Prevention is better than cure.
Dont Trust Your Email 100%
Zaman yang kian canggih ni, terlalu banyak spam yang korang boleh dapat. Setiap hari aku akan dapat email Spam dengan pelbagai aktiviti yang tak munasabah bagi aku. Abaikan semua program tersebut tapi fokus kepada spam email yang perlu korang elakkan iaitu email yang besertakan link palsu.
Sebagai contoh, korang dapat Spam Email mengenai buat duit dengan Facebook siap bagi link. Korang pun klik link terus pergi ke page Facebook yang palsu. Korang salah sorang mangsa Phishing!
Pastikan URL Betul
Rasanya perkara ni tak perlu nak kita panjang lebarkan, teknik hacker yang di kenali sebagai Phishing pasti ramai yang sudah tahu, di mana hacker akan membuat suatu laman web yang serupa dengan yang original. Sebagai contoh, hacker telah membuat laman web palsu Facebook yang berdomainkan fecebook.com yang mungkin korang tak perasan domain tersebut adalah fake!
Apabila korang login ke Laman Web tersebut, email dengan password korang akan di hantar terus kepada hacker. Kenapa aku tekankan perkara ini, kerana script untuk membuat laman web palsu seperti Facebook bukanlah perkara yang susah kerana ianya boleh di cari di google semudah ABC!
Budak-budak sekolah pun boleh buat laman web palsu kerana kemudahan untuk mendapatkan domain dan hosting secara percuma sangat mudah mudah mudah. Cara yang paling mudah untuk mengelakkan adalah dengan cara bookmark laman web yang selalu korang gunakan. Setiap kali korang nak login, just pergi ke tempat yang korang bookmark, bukankah ianya lebih selamat?
Cukup sampai sini aku nak berkongsi hehe..Aku kongsi berdasarkan pengalaman bukan aku ambil pengalaman orang lain

Wednesday 21 September 2011

LANGKAWI ISLAND...PULAU PELANCONGAN ANTARABANGSA

Salam Sejahtera...


Saya terpanggil untuk membuat ulasan di sini tentang pengalaman saya ke Pulau Langkawi baru-baru ini. Sungguh seronok percutian di sana. Pelbagai tempat menarik boleh di lawati. Bagi yang suka bergambar dan memuatnaik gambar ke facebook amat disarankan melawat pulau ini.


Namun terdapat sedikit isu yang boleh mencacatkan reputasi pulau ini sebagai pusat pelancongan iaitu sikap segelintir peniaga di pulau tersebut. Hal ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri ketika melawat di pulau tersebut terutama ketika mencari kedai makan. Mereka mengenakan kadar bayaran yang kurang munasabah dan juga layanan yang kurang mesra. Tidak dapat dinafikan sebenarnya terdapat ramai peniaga yang bersikap rasional dan mesra yang menggambarkan sikap sebenar penduduk pulau itu. 


Nasihat saya, untuk yang melancong dengan bajet sederhana adalah lebih elok berhenti makan di kedai-kedai kampung(jangan berhenti di kedai makan sepanjang lebuhraya). Hal ini adalah kerana layanan peniaga kampung adalah sangat baik dan harga yang berpatutan.


Sebelum saya menutup tajuk ini, saya juga ingin memberi tips membeli belah di langkawi. Sekiranya anda ingin membeli kain batik dan pelikat adalah lebih baik melakukannya di Padang Matsirat/Beras Terbakar kerana di sana terdapat pelbagai jenis corak dan pilihan dan harga lebih murah berbanding yang terdapat di kedai-kedai di Pekan Kuah.


SELAMAT BERCUTI, SELAMAT BERBELANJA =)

Sunday 5 June 2011

WEDDING PLANNER

Alhamdulillah....akhirnya segala usaha keras dan daya kreativiti yang di hasilkan menjadi. Ramai memberi pujian terhadap hasil kerja saya....so sweet....bermula  dengan aturcara majlis, persembahan, pembikinan video, penataan cahaya, susun atur meja, semuanya di lakukan oleh saya.

Umpama serampang dua mata, pada hari tersebut saya telah mendapat undangan untuk menjayakan majlis di tempat lain pula..syukur....
Haa.kepada anda semua...kalo inginkan majlis anda nampak mahal walau pada bajet rendah..hubungi lah saya =)